Thursday, March 25, 2010

WACANA ILMU : PERPADUAN MELALUI DIALOG BERSAMA

Perpaduan wahana kesatuan. Perpaduan tonggak kemakmuran. Perpaduan memperkasa ukhuwah. Semua slogan yang menarik untuk kita sama-sama renungkan. Sejauh mana perpaduan yang dicanangkan boleh diterima dalam pelbagai kekalutan pemikiran, tindakan dan fahaman dewasa ini. Perpaduan kadangkala boleh dijadikan senjata kepentingan peribadi bagi menyerang musuh-musuh yang jelas dan tersembunyi. Membina slogan cukup mudah, tetapi melaksanakan slogan perpaduan sungguh rumit dan menyusahkan. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa ditempuh dan pelbagai fitnah juga datang bak badai yang melanda. Ada ketika kita tersepit di balik perpaduan yang kita bina namun ada ketika kita akan merasa bahagia apabila cetusan rasa diterima dan dilaksanakan dengan jayanya. Dimana silapnya slogan perpaduan. Pada namanya ker? atau pelaksanaannya?. Marilah kita sama-sama membina ukhuwah perpaduan merentasi kaum, bangsa dan agama dengan seikhlas hati dan lahir dari hati yang murni. Janganlah kita meneruskan sengketa di sebalik kepentingan peribadi yang tersembunyi. Perpaduan bukan boleh di jual beli dan tidak juga di gadai ganti, tetapi perpaduan harus dibina tanpa henti dengan istiqamah dan berhati-hati.

Wednesday, February 24, 2010

SEMINAR KEFAHAMAN ISLAM: ISU DAN CABARAN

Seminar Kefahaman Islam : Isu dan Cabaran dilaksanakan pada 13hb Mac 2010. Lokasi seminar adalah di Dewan Besar Sekolah SRI Johor Bahru, Johor. Penyertaan masih dibuka kepada yang berminat dan sumbangan ikhlas dikenakan sebanyak RM20 SEORANG bagi membiayai kos pelaksanan seminar tersebut. Panel pembicara adalah Prof Madya Shahruddin Badaruddin (WADAH), Sdr Amidi Abd Manan(ABIM) dan Dr Mohd Roslan (PUM).Mohon hubungi ditalian HALIMI - 013-3450068 untuk penyertaan.Seminar anjuran ABIM Johor Bahru.