Monday, May 11, 2009

Prasyarat Pendakwah "Pemimpin"

Da'i merujuk kepada pendakwah atau lebih tepat lagi sebagai pelaku tugas iaitu pemimpin. Pemimpin perlulah berwatak matang dan bijak meletakkan diri di dalam kondisi yang sesuai dengan perkumpulan yang dipimpinnya. Prasyarat menjadi pendakwah atau pemimpin perlulah mempunyai ciri-ciri iaitu mempunyai dan menguasai ilmu serta pengetahuan. Seorang pemimpin perlu memiliki tahap penguasaan ilmu yang luas dan diktiraf. Kini ukuran kepada ilmuan adalah mereka yang memiliki Phd atau Sarjana "Master" atau Sarjana Muda. Rata-rata di Malaysia masih memandang tinggi tahap kelayakan yang dinyatakan di atas. Bukan sekadar pengiktirafan pendidikan sahaja di perlukan oleh seorang pendakwah/pemimpin tetapi mereka harus lebih membaca dan mengkaji jurus-jurus ilmu lain yang sesuai dengan pembawakan diri mereka sebagai seorang pemimpin. Pengetahuan atau kemahiran harus dirasai melalui pelaksanaan ilmu yang difahami agar lebih faham dan jelas makna sesebuah ilmu yang dipelajari. Kemahiran merupakan terbitan dari ilmu yang dimiliki dan ianya sering menjadi kayu pengukur tahap dan kedudukan seseorang pemimpin di mata masyarakat.
Kedua, prasyarat menjadi pendakwah atau pemimpin adalah bersfat "Halim" iaitu halus, lembut atau lebih tepat sopan santun. Ianya menifestasi sifat dan gambaran akhlak yang tinggi serta sering disanjungi masyarakat. Penilaian akhlak seseorang pemimpin adalah hak masyarakat untuk mengadili. Jika sifat "Halim" atau halus yang dipamerkan oleh pemimpin maka masyarakat menerima dengan hati yang lapang dan gembira. Perwatakan seperti ini merupakan lanjutan pemahaman jelas hasil ilmu yang dimiliki dan dipraktikan oleh seseorang pemimpin.
Ketiga, prasyarat menjadi pemimpin atau pendakwah atah bersifat al-sobrun atau sabar. Selain sifat "halim", seseorang pemimpin atau pendakwah perlulah memiliki sifat sabar. Sifat yang paling sukar dikuasai oleh seseorang pemimpin atau pendakwah. Namun sifat ini sering menjadi ukuran masyarakat bagi menilai pemimpin/pendakwah berjaya atau sebaliknya.
Jelas ketiga-tiga sifat dan watak ini harus dimiliki oleh pendokong dan juru dakwah, keyakinan yang tinggi bagi membawah ketiga-tiga watak ini mampu menjadi pendakwah yang berjaya di dunia dan di akhirat.