Friday, July 31, 2009

Telefon Awam

Industri telefon awam kini berkembang pesat sejajar dengan keperluan semasa. Di Malaysia, teknologi telefon awam kini semakin mendepani zaman kesuraman. Penggunaan telefon awam semakin berkurangan disebabkan banyak pilihan peneyelesaian telekomunikasi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat contohnya teknologi telefon bimbit, komputer, PDA, komputer riba, dll. Dahulu telefon awam sering mendapat tempat di hati masyarakat disebabkan telefon awam merupakan satu-satunya penyelesaian telekomunikasi ketika itu. Teknologi telefon awam kini terbahagi kepada 2 teknologi iaitu telefon awam menggunakan teknologi PSTN (Public Switch Tranfer Node-- talian tetap - berwayar) dan telefon awam menggunakan teknologi GSM (Global Satelite Mobile - tanpa wayar). Telefon awam berwayar atau talian tetap sudah menjadi teknologi tradisional di Malaysia, manakala telefon awam menggunakan teknologi GSM merupakan suatu perubahan pendekatan untuk keperluan pengguna di Malaysia. Melalui perubahan teknologi dari PSTN ke GSM, kini telefon awam dapat menambah fungsi capaiannya seperti telefon awam boleh memberikan penyelesaian tambah nilai prabayar telefon selular, menghantar mesej ringkas (SMS) dan capaian internet secara WIFI melalui peranti pengubah yang dipasang di set telefon awam tersebut. Di masa hadapan telefon awam akan dilengkapi dengan teknologi capaian internet di set telefon awam tersebut dan secara tidak langsung penyelesaian ini mampu memberikan pengguna kemudahan pusat sehenti semua pembayaran secara online dan lain-lain urusan berkaitan transaksi internet.