Sekolah Agama Rakyat sekian lama menjadi tunjang kekuatan bangsa dan agama di dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti tinggi. Bertepatan melahirkan insan yang soleh dan bertakwa, maka sekolah agama rakyat menjadi pilihan ibubapa yang mahukan generasi pewaris ini dibekalkan dengan pendidikan bersepadu dari aspek dunia mahupun akhirat. Di SAR, pelajar didedahkan dengan pendidikan agama yang menyeluruh iaitu aspek teori dan praktikal. Pelajar dididik menunaikan solat berjemaah, bacaan doa harian, adab dan tingkahlaku terhadap guru dan ibubapa,berfikiran kreatif dan kritis serta mewujudkan hubungan mesra dan akrab dikalangan warga sekolah serta masyarakat.
Dahulu, SAR mendapat bantuan berkapita dari Jabatan Perdana Menteri bagi menampung kos perbelanjaan tahunan, namun kini bantuan tersebut telah ditamatkan dan kini SAR terpaksa bergantung sepenuhnya kepada yuran pelajar disamping sumbangan orang ramai. Hal ini amat-amat mendukacitakan, jika dibandingkan dengan pengorbanan guru dan warga pengurusan SAR yang ikhlas berjuang meningkatkan martabat bangsa dan agama. Kerajaan Malaysia wajar mengkaji semula agar bantuan berkapita/tahunan kepada SAR dapat diwujudkan semula demi kelangsungan pendidikan yang unggul dan berdaya maju untuk agama, bangsa dan negara.